ad

Tuesday, February 14, 2012

doa rindu dan doa siti zulaikha




Assalamualaikum semua,
hari tu, saya telah bertanya di twitter,
apa kita nak buat kalau kita rindukan seseorang tapi tak boleh buat apa2?

dan ada yg telah memberikan saya doa ini. doa untuk sampaikan rindu.
insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.
ini merupakan doa nabi Yusuf kepada Zulaikha

Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ...... (nama penuh insan itu) sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin

pada saya, apabila kita nk berdoa, kita kena yakin. insyaAllah.

lepas tu, saya saja2 mencari tahu tentang kisah mereka, dan terjumpa pula, doa Siti Zulaikha yg ini.

Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia Milikku…….. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami
Mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Serta tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya kedada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bias bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Dan Tuhanku tan Tercipta
Biarkanlah yang hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir
Memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi
Kasihku padaMU
Amin….

2 comments:

Anonymous said...

dalam bahasa arabnya dunk??

cai volvicc said...

Ini maknanya.. jawi nye mane?

Post a Comment